
Kini, Datuk Seri Abdul Karim Rahman Hamzah sangat yakin dengan muka baharu yang telah ditampilkan oleh Gabungan Parti Sarawak (GPS) ini. Baginya, ia mampu memenangi kerusi yang diwakili mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-12 Sarawak.
Datuk Seri Abdul Karim yang merupakan Naib Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) itu mengatakan bahawa “keyakinan itu bersandarkan kepada kriteria dan pengalaman yang dimiliki calon-calon berkenaan selepas melalui penilaian daripada setiap parti komponen GPS.“

“Mereka ini pemimpin-pemimpin yang kita angkat untuk menjadi pewaris pada masa akan datang. Saya percaya mereka akan dapat membawa atau memenangi kerusi-kerusi di mana mereka diletakkan.”
Sehubungan itu, penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Asajaya itu merupakan sifat paling penting yang dimiliki oleh calon-calon yang dikemukakan oleh GPS salah-satunya berjiwa rakyat.
“Selain daripada itu, kehidupan mereka juga lebih kurang stabil (dari segi) kerjaya dan keluarga mereka. Kita tidak mahu seseorang itu terlalu muda… mereka belum berkahwin, selain daripada masih lagi bergelut untuk mengaturkan kehidupan mereka sendiri dan keluarga.”
Menurutnya lagi, apabila mereka sudah stabil sedikit, berkahwin, serta mempunyai kerjaya yang teratur, boleh kita angkat (sebagai calon),” ujar beliau.Dalam perkembangan sama. Tambahannya lagi, GPS mampu menang besar pada PRN12 termasuk di kawasan luar bandar. Tegasnya lagi rakyat Sarawak perlu membuat keputusan berhemah dengan memilih wakil rakyat yang benar-benar boleh membawa kebaikan dan pembangunan kepada negeri ini.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita-berita menarik hanya di https://mysmedia.my/