
Tan Sri Abang Johari Tun Openg yang merupakan Pengerusi Parti Gabungan Sarawak (GPS), tiba di Pusat Penamaan Calon (PPC) di Dewan Masyarakat Gedong pada jam 8.50 pagi hari ini.
Kedatangan Ketua Menteri Sarawak yang akan bertanding di kerusi baharu Dewan Undangan Negeri (DUN) N.26 Gedong pada hari ini diiriingi pencadang, iaitu Datu Naroden Majais dan penyokong, Mohd Najib Arbi.
Naroden yang merupakan bekas ADUN Gedong sejak tahun 1991 itu pada hari ini memberikan laluan kepada Abang Johari untuk bertanding di kerusi yang ditetapkan.
Selain itu, Abang Johari pula telah mewakili kerusi itu sejak sembilan penggal lalu sebagai penyandang kerusi DUN Satok.
Sebelum ini, ketibaan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) disambut oleh penyokongnya dengan begitu meriah sekali sambil melaungkan “Hidup Abang Jo, Hidup GPS”.

Terdahulu, calon yang ditetapkan untuk masuk ke PPC bagi mengemukakan kertas pencalonan calon hanya dibenarkan kepada pencadang dan penyokong calon sahaja.
Manakala, penyokong parti politik yang diwakili bakal calon pula tidak dibenarkan masuk termasuk sebarang aktiviti berkumpul dan perarakan penyokong calon.

Pada waktu sama, Tomsong Ango yang merupakan calon Parti Bumi Kenyalang (PBK), dapat dilihat hadir di PPC pada jam 8.29 pagi tadi.
Parti Amanah Negara (Amanah), Kamal Bujang hadir pada 8.40 dan Mohamad Sofian dari Parti Sarawak Bersatu (PSB) berada di PPC Dewan Masyarakat Gedong.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my