
Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor pada Isnin telah meluluskan Enakmen Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor (Pindaan) 2021 bagi menurunkan had umur untuk menjadi Ahli Dewann Undangan Negeri (ADUN).
Had umur untuk menjadi ADUN sebelum ini mestilah berumur 21 tahun telah diturunkan menjadi 18 tahun.
Perbahasan oleh 10 ADUN pada Sidang DUN Selangor itu telah membuatkan Pindaan terhadap Perkara 63 Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selngor (Pindaan) 2021 itu diluluskan.
Menurut Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata bahawa pindaan tersebut mengikut Perkara 47 Perlembagaan Persekutuan yang dipinda melalui Akta Perlembagaan (Pindaan) 2019 (Akta A1603).
Akta itu untuk menurunkan had umur yang layak bertanding untuk calon ahli Dewan Rakyat daripada 21 tahun ke 18 tahun.
Tambah beliau, Seksyen 5 Jadual Kelapan Perlembagaan Persekutuan melalui Akta A1603 turut dipinda dengan menurunkan had umur kelayakan calon ahli ADUN dari 21 tahun ke 18 tahun.
Oihak kerajaan dan pembangkang telah bersetuju tentang perkara itu walaupun terdapat beberapa ahli ADUN yang tidak bersetuju dan mempunyai pendapat yang lain tentang Rang Undang-Undang (RUU), jelas Speaker Dewan Negeri Selangor, Ng Suee Lim.
Tambah beliau, ia merupakan satu pengiktirafan kepada para belia yang berumur 18 tahun dan menunjukkan bahawa Selangor bersiap sedia untuk memastikan calon-calon berumur 18 tahun boleh bertanding pada pilihan raya nanti.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my