
Harimau Malaya sudah cukup bersedia dan bersemangat untuk berlawan pasukan Lois pada hari Khamis esok kerana telah meraih kemenangan pertama menentang Kemboja kelmarin di Piala AFF.
Pemain penyerang pasukan Malaysia, Syafiq Ahmad berkata kemenangan 3-1 menentang Kemboja pada Isnin lepas amat bermakna buat pasukan dalam menaikkan keyakinan rakan sepasukan untuk menempuh perlawanan kedua Kumpulan B Khamis ini menentang Lois.

“Sesiapa saja jaringkan gol tiada masalah janji pasukan menang. Untuk saya sendiri keinginan menjaringkan gol memang ada tetapi berjaya mencipta peluang kepada rakan pasukan juga telah cukup memberi kepuasan untuk saya.
“Kemenangan ini penting untuk pasukan dan pemain selepas dua aksi persahabatan sebelum ini tewas. Sudah pasti ia meningkatkan lagi keyakinan pemain dan pasukan untuk bermain pada perlawanan akan datang.
“Kita mahu fokus daripada satu perlawanan ke satu perlawanan bagi mengutip mata dan melangkah ke peringkat seterusnya,” – kata Syafiq Ahmad
Gol yang dijaringkan oleh Safawi Rasid, Akhyar Rashid dan Kogileswaran Raj berjaya memberikan kemenangan buat skuad kendalian Tan Cheng Hoe mendapat mata 3-1 ke atas Kemboja di Stadium Binshan, Singapura.
Bagaimanapun, bukan semua nasib pemain Harimau Malaya dikira baik kerana Guilherme De Paula tidak berpuas hati disebabkan beliau tidak berjaya menjaringkan gol peribadi beliau dalam perlawanan tersebut.

“Sebagai penyerang sudah pasti kecewa bila tidak dapat menjaringkan gol selepas melakukan dua, tiga percubaan dan saya faham apa yang De Paula rasa.
“Saya nampak dia berusaha melakukan sesuatu untuk membantu pasukan, masanya akan tiba untuk menjaringkan gol nanti,” katanya lagi
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my