
Calon wanita yang melibatkan diri di Pilihan Raya Negeri Ke-12 Sarawak (PRN12) Sarawak dilihat berkurangan berbanding PRN 2016 lalu.
Pensyarah Kanan Fakulti Sains Pentadbiran dan Pengajian Polisi UiTM Sarawak, Nadrawina Isnin beliau berasa sedikit terkilan apabila golongan wanita seolah-olah tidak diberi laluan oleh parti-parti untuk bertanding.
“Terkilan… saya jangkakan sekiranya Gabungan Parti Sarawak (GPS) dapat mengekalkan lima orang (calon wanita) ditambah parti-parti lain dan jika mereka menang, maka bertambahlah perwakilan wanita dalam pembuatan keputusan”.Katanya.
“Saya harapkan Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), Parti Rakyat Sarawak (PRS), Parti Demokratik Progresif (PDP) untuk menampilkan ramai calon wanita tetapi ini dilihat tidak berlaku,” katanya.
Beliau berharap ramai lagi calon wanita yang akan terlibat bukan hanya sebagai mendorong golongan itu untuk bergiat aktif dalam arena politik serta wujud lebih ramai pemimpin wanita dilihat dapat menyelesaikan pelbagai isu.
Selain itu, walaupun harapannya tidak kesampaian tetapi dia tetap menyeru semua rakyat Sarawak untuk keluar mengundi serta tunaikan kewajipan mereka untuk memilih pemimpin yang mereka harapkan untuk memimpin di setiap DUN dan Negeri mereka.
Beliau juga ada menyentuh tentang peratusan orang yang keluar mengundi di Melaka sebanyak 70 peratus tetapi beliau juga berkata tidak mustahil jika ada calon yang boleh menarik perhatian orang ramai untuk keluar mengundi.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my