
SPAOH: Datuk Amar Douglas Uggah, Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) berkata Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-12 adalah medan bagi melatih anak muda untuk memimpin.
Kepimpinan negeri amat memerlukan wakil muda bagi menjaga rakyat negeri ini, jelas Timbalan Ketua Menteri Sarawak itu.
“Apabila seorang pemimpin itu mengundur diri, seseorang pasti akan mengambil alih untuk meneruskan perjuangan parti dan berkhidmat kepada rakyat di negeri ini.
“Oleh sebab itulah, kita mengangkat ramai orang muda untuk PRN kali ini,” katanya selepas sesi perjumpaan bersama pertubuhan bukan kerajaan (NGO), di Pekan Spaoh pada Selasa.

Bagi memastikan PBB kekal menjadi tulang belakang kepada politik Sarawak, adalah mustahak bagi parti itu membentuk pemimpin masa hadapan, tambahnya lagi.
Ditanya mengenai jumlah pencalonan yang agak banyak bagi PRN Sarawak kali ini, Uggah menyifatkan ia sebagai lambang suburnya demokrasi di negeri itu.
“Ini adalah proses demokrasi di Sarawak, kita mengalu-alukan sesiapa sahaja yang menawarkan diri untuk menjadi wakil rakyat.
Azizul Annuar Adenan, Dayang Noorazah Awang Sohor (DUN Lingga), Royston Valentine (DUN Tellian) dan Allan Siden Gramong (DUN Machan), antara calon muda dan muka baharu yang akan mewakili PBB kali ini termasuk calon bagi kerusi DUN Tanjung Datu.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/