
Ujian saringan Covid-19 di semua sekolah dibawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) hanya perlu menggunakan kit ujian air liur sahaja.
Kenyataan berikut telah ditegaskan oleh pihak KPM untuk pelaksanaan saringan Covid-19.
Menurut kenyataan KPM pada Rabu, penggunaan kit ujian secara calitan hidung tidak dibenarkan dan tidak selaras dengan arahan yang dikeluarkan pada 28 November lalu.
Kenyataan tersebut dikeluarkan untuk memberikan respon berkaitan satu gambar yang tular baru-baru ini di media sosial yang bertajuk ‘Di sebuah sekolah guru-guru menjalani latihan amali dengan swab pelajar’.
Siasatan yang dilakukan oleh KPM mendapatai gambar yang tular itu melibatkan sebuah sekolah di negeri Pahang.
Dalam kenyataan KPM itu, secara keseluruhan, seramai 16 murid dipilih secara rawak untuk menjalani ujian saringan Covid-19 menggunakan kit ujian air liur.
“Bagaimanapun, demonstrasi calitan hidung turut dilaksanakan melibatkan empat guru dan empat murid yang dibimbing oleh dua orang Jururawat Masyarakat”, tulis dalam kenyataan tersebut.
Pengurusan ujian kendiri Covid-19 bagi murid KPM dilaksanakan mengikut ketetapan dalam Garis Panduan Pengurusan dan Pengoperasian Sekolah 3.0.
Pada 28 November lalu, KPM telah mengeluarkan surat pemakluman berkenaan pelaksanaan ujian saringan Covid-19 yang dibuat secara bergilir yang membabitkan sekurang-kurangnya 10 peratus murid.
Pelaksanaan ujian kendiri itu hanya melibatkan kit ujian air liur sahaja yang telah dibejalkan oleh KPM dan dipantau oleh guru.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my