
Kementerian Kesihatan Malaysia (KPM) melaporkan 28 kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat tengah malam tadi.
Ini menjadikan jumlah keseluruhan kematian akibat jangkitan Covid-19 itu kepada 30,746 orang daripad 2.67 kes postif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data KKM di portal CovidNow, 4 kematian daripada 28 kes kematian yang telah dilaporkan KKM setakat tengah malam tadi berlaku di luar hospital atau dipanggil brought-in-dead (BID).
Kes kematian yang dilaporkan itu juga melibatkan sejumlah kes yang tertunggak kerana ada antara kes kematian beberapa minggu lepas.
Ini kerana, proses pengesahan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat pandemik tersebut mengambil tempoh masa lama untuk mengetahui keputusan.
Pada masa ini, terdapat 60,878 kes aktif Covid-19 yang telah dilaporkan di seluruh negara.
Daripada keseluruhan jumlah itu, 49,644 pesakit Covid-19 bersamaan 81.5 peratus sedang menjalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.
5,996 pesakit Covid-19 pula sedang menjalani kuarantin di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
Baki dari kedua-dua jjumlah itu, 4,810 pesakit Covid-19 sedang menerima rawatan di hospital manakala 428 pesakit Covid-19 berada di unit rawatan rapi (ICU).
Kes pesakit yang berada di ICU membabitkan 191 pesakit memerlukan alat bantuan pernafasan dan 273 pesakit memerlukan mesin ventilator.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my