
Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) secara pentadbiran di Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS) di Kuala Pilah sudah ditamatkan pada Rabu minggu ini.
Mohd Faizal Manap, Pengerusi Jawatankuasa Keselamatan dan Pengurusan Bencana Daerah (JKPBD) Kuala Pilah berkata, pada hari Khamis pelajar-pelajar menduduki peperiksaan secara fizikal dengan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP).

Beliau juga memaklumkan Kluster Intan Delima 2 yang melibatkan kehadiran pelajar dan pensyarah institusi pendidikan itu, pada Khamis ini hanya mencatatkan satu kes jangkitan Covid-19.
“Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Pilah mengisytiharkan PKPD Secara Pentadbiran di KMNS ditamatkan semalam selepas ia dilaksanakan sejak 2 Disember lalu.
“Pelajar akan menduduki peperiksaan secara bersemuka mulai hari ni dengan perlu mematuhi prosedur operasi standard (SOP) ketat. Pihak PKD melaksanakan garis panduan mengenainya sehingga peperiksaan tersebut selesai, insya-Allah jangkitan akan dapat dibendung,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Sebelum ini, PKPD secara pentadbiran dilaksanakan di KMNS bagi memastikan kekurangan peratus risiko jangkitan Covid-19 terutama kepada masyarakat dapat dijamin dengan selamat dengan melarang segala pergerakan keluar masuk institusi pendidikan di situ.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my