
KUCHING: Tindakan Timbalan Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Ali Biju yang melanggar persetujuan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) untuk tidak bertanding pada Pilihan Raya Negeri Ke-12 (PRN12) Sarawak membuatkan Tan Sri Abang Johari Tun Openg mengakui kecewa.
Tan Sri Muhyiddin Yassin, Pengerusi GPS itu berkata Presiden Bersatu, sebelum ini telah menyatakan pendirian mereka untuk memberi laluan kepada GPS bagi memenangi pilihan raya.
“Sudah tentu saya kecewa, kerana sudah ada persetujuan bersama Tan Sri Muhyiddin Yassin memberi jaminan bahawa Bersatu tidak bertanding pada PRN Sarawak.”
“Tan Sri Muhyiddin Yassin telah menyatakan beliau akan mengambil tindakan terhadap Ali Biju, kita tunggu sahaja,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pelancaran manifesto GPS di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK) pada Selasa.
Ali hadir menyerahkan borang penamaan calon bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Krian, pada 6 Disember lalu.
Tindakannya itu sekali gus menunjukkan beliau mahu mempertahankan kerusi itu dan bertanding atas tiket bebas.
Susulan itu, Datuk Wan Saiful Wan Jan, ketua penerangan Bersatu, dalam kenyataan berkata parti tidak akan teragak-agak untuk mengenakan tindakan tegas terhadap ahlinya yang bertanding pada pilihan raya tanpa kebenaran.
Malah katanya ahli yang melanggar perlembagaan parti boleh berdepan dengan tindakan disiplin yang tegas, termasuk keahlian boleh terhenti serta merta.
Ahli Parlimen Saratok berusia 53 tahun itu memenangi DUN Krian ketika bersama PKR pada 2011 dan 2016.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/