
Komuniti peniaga kecil di daerah Kemuyang yang menjual kuih-muih serta makanan ringan yang lain mengharapkan agar sebuah tapak perniagaan kekal disediakan buat mereka untuk berniaga.
Beberapa peniga mengharapkan dengan adanya tapak perniagaan di lokasi yang strategik, ia mampu melancarkan lagi operasi perniagaan mereka dan lebih memudahkan mereka untuk melakukan urusan perniagaan.
Salah seorang perniaga di daerah untuk berkongsi pengalaman yang mereka terpaksa menggunakan kanopi sendiri untuk berniaga kerana tiada tempat khas yang disediakan untuk mereka menjalankan aktiviti perniagaan hari-hari.

Menurut peniaga itu, mereka berniaga di daerah tersebut kerana ia merupakan tempat tumpuan orang ramai dan tempat itu juga buka tapak khas yang disediakan untuk peniaga kecil seperti mereka.
Selain itu, peniaga itu juga berkata jika berlakunya hujan mereka terpaksa mengangkat kanopi mereka supaya tidak rosak dan kadang-kadang kanopi mereka rosak akibat hujan atau ribut yang agak kuat menyebabkan mereka perlu membeli kanopi baharu.
Para peniaga kecil juga mahukan kemudahan tapak perniagaan yang kekal serta dibekalkan sekali dengan air dan elektrik supaya memudahkan peniaga dan pengunjung untuk berkunjung ke situ serta lebih memeriahkan suasana di situ.
Peniaga yang berniaga setiap hari juga tidak mampu untuk memasang khemah atau kanopi hari-hari kerana jika mereka tinggalkan mereka risau ia akan hilang di curi jadi ia merupakan cabaran buat mereka untuk menyara keluarga dan mencari rezeki yang halal.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my