
Ibu bapa pelajar di sebuah sekolah di daerah Kubang Pasu menggesakan supaya Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) memindahkan seorang guru yang tidak mengambil vaksin Covid-19.
Hal itu dibuat supaya anak-anak mereka dapat menjalani persekolah bersemuka dengan lancar.
Kata seorang bapa pelajar sekolah itu, beliau bimbang untuk menghantar anaknya ke sekolah selepas mengetahui bahawa ada seorang guru yang tidak mengambil vaksin.
Tambah beliau, walaupun pihak sekolah sudah mengasingkan guru tersebut, namum mereka sebagai ibu bapa tidak meningkatkan keyakinan mereka bahawa anak-anak mermysmedia.myeka berada dalam keadaan selamat.
Ibu bapa ditemua semasa membuat demonstrasi aman untuk membantah keberadaan guru yang tidak mengambil vaksin itu pada Khamis lalu.
Para ibu bapa melakukan perkara tersebut supaya guru tersebut dipindahkan dan memperjuangkan hak anak-anak mereka yang berdepan dengan risiko jangkitan Covid-19.
Pada masa yang sama, pihak ibu bapa telah melaporkan kepada polis pada Rabu lalu untuk menggesa guru tersebut dipindahkan ke tempat lain.
Pengarah Pendidikan Kedah, Rozaini Ahmad memaklumkan bahawa Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) telah menyiapkan laporan berkaitan isu tersebut dan akan dihantar kepada KPM.
Ikuti perkembangan terkini dann info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my