
Anda boleh datang untuk interview secara terus dan juga melihat pameran-pameran menarik yang disediakan di dalam kerajaan.
Baru-baru ini kerajaan telah menganjurkan 100 Hari Inspirasi #Keluarga Malaysia yang bertujuan untuk memberikan peluang kepada rakyat-rakyat yang terjejas dari segi pendapatan dan juga ingin mendapatkan info-info terkini di dalam badan kerajaan dan juga swasta. Salah satu usaha mereka merupakan karnival Kerjaya.
Karnival ini telah dijalankan selama 3 hari daripada 9 Disember – 11 Disember 2021 dan bermula pada pukul 10.00pagi. Untuk karnival kerjaya, anda dinasihatkan untuk membawa dokumen-dokumen penting seperti surat beranak, resume dan sebagainya. Awalnya anda akan didaftarkan kehadiran oleh badan persatuan PERKESO dan masuk ke dalam Dewan 6 untuk melihat semua pihak yang menawarkan untuk interview.

Antara majikan-majikan yang terlibat merupakan majikan yang sangatlah terkemuka seperti EON, MCMC, MYDIN, Mc Donalds dan banyak lagi. Jika anda masih sedang melanjutkan pelajaran tapi ingin tahu bagaimana karnival ini dijalankan? Ia merupakan perkara yang terbaik untuk mereka.
Selain daripada itu, Anda boleh melawat booth yang menarik di dalam Dewan 1 sehinggalah Dewan 6. Booth pertama yang kami kunjungi merupakan booth KKR yang merupakan Kementerian Kerja Raya Malaysia. Ini merupakan satu badan yang melibatkan keselamatan pengguna jalan raya daripada penambahbaik pulih jalan dan sebagainya. Mereka menerangkan lebih banyak mengenai KKR ini berfungsi dan bertujuan untuk membantu sesiapa yang terlibat dan bertapa pentingnya mereka itu di dalam sektor kerajaan.


Seterusnya, di booth Kementerian Belia dan Sukan mereka menawarkan aktiviti untuk merasai sendiri bagaimana rasanya untuk mengundi. Sekrang merupakan musim Pilihan Raya dan Undi-18 kini telah dibuka. Pihak mereka mengajar dari segi tatatertib dan juga prosedur satu persatu mengundi. Secara dasarnya, ia sudah semestinya senang jika kita hanya perlu memilih logo-logo yang biasa sahaja tetapi untuk memilih pemimpin itu, seharusnya kita sebagai pengundi itu bijak dalam memilih demi kesejahteraan rakyat dan kita sendiri.
Selepas pengundian, kami diberikan lanyard daripada pihak KBS sendiri sebagai tanda terima kasih kerana sertai aktiviti yang disediakan.



Anda ingin menjadi usahawan? Nak mula tetapi class yang diberikan kebanyakkannya mahal belaka? Class yang diberikan lebih kepada class zero to hero? Inilah yang ditawarkan di dalam segmen wanita Bangkit Negara. Mereka ini merupakan daripada team admin Richworks yang membuat kursus free secara online bertajuk Berani Bisnes Berjaya 2022. Pihak kami diberikan buku 100 usahawan berjaya yang diilhamkan agar kami terus bersemangat dalam menempuh bidang keusahawanan.

Ikuti cerita-cerita yang menarik serta terkini di dalam dan luar negara hanya di https://mysmedia.my/