
Datuk Seri Syed Ibrahim Syed Ahmad, Pengerusi JawatanKuasa Hal Ehwal Agama Islam hampa dengan kegagalan Kementerian Pendidikan mengatasi masalah itu amat mengecewakan kerana kes buli sudah berulang-ulang kini.
“Pihak kerajaan sudah semestinya sedih dengan apa yang berlaku di sekolah itu (sebuah sekolah di Muadzam Shah, Rompin) dengan perkabaran berita pelajar dipukul oleh pelajar senior dan ia tidak sewajarnya berlaku. Kerajaan negeri sedia membantu Kementerian Pelajaran seandainya mereka masih gagal mengatasi masalah seperti ini,” – Datuk Seri Syed Ibrahim.

Beliau mengatakan bahawa kejadian kes buli di sebuah sekolah menengah di Muadzam Shah serta kes lain telah dilaporkan di sebuah sekolah berasrama penuh yang mengakibatkan empat pelajar cedera, selepas dijadikan ‘karung tinju’ oleh sekumpulan senior.
Mangsa yang terdiri daripada 14 tahun itu dikurung di dalam bilik sebelum dipukul, ditumbuk, disepak dan melakukan perkara-perkara yang boleh mengakibatkan kecederaan fizikal oleh sekumpulan pelajar Tingkatan Empat dan Lima.
Rasa sedih dan juga kecewa dengan perangai sesetengah pelajar yang masih berlagak dirinya kuat dengan membuli orang lain. Bergurau ada caranya dan juga keadaan sekeliling. Itu anak orang bukannya anak patung. Diharapkan semua perkara ini dapat diberhentikan secepat mungkin.
Ikuti perkembangan terkini dengan berita-berita menarik di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/