
Pertanyaan tentang pembangunan yang sedang berlaku melalui tempoh pilihan raya menjadi tanda tanya adakah ia diteruskan atau tidak sekiranya wakil rakyat ditukarkan?
Dr Kelvin Yii Lee Wuen berkata itu seharusnya tidak menjadi kerisauan buat masyarakat memilih siapa wakil rakyat mereka untuk tempoh lima tahun seterusnya.
Sudah menjadi tanggungjawab pihak kerajaan yang memerintah untuk terus melakukan pembangunan yang sudah dijalankan tidak kira Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) di kawasan itu kerajaan mahupun pembangkang.

Kevin Yii yang juga merupakan calon Dewan Undangan Negeri (DUN) Batu Kawah berkata dirinya tidak akan menentang segala pembangunan yang sedang dijalanakan demi kepentingan rakyat.
Kevin berkata kerajaan sepatutnya prihatin tentang pembangunan rakyat dan beliau tidak bersetuju atas perbuatan yang menggunakan istilah pembangunan sedang berlangsung yang akan tergendala akibat pertukaran wakil rakyat atau pertukaran kerajaan yang memerintah.
“Jangan disebabkan wakil rakyat bertukar, kita menghukum rakyat disebabkan pilihan demokrasi mereka. Itulah demokrasi lapuk yang kita alami dan kita mahu buang yang mana pembangunan digunakan untuk mengugut penduduk untuk terus undi”.
Pembangunan yang masih dalam pembinaan di kawasan Batu Kawah ialah stesen Petros, rumah mampu milik Sri Pertiwi dan kamera litar tertutup (CCTV).
Kelvin bakal bertembung empat penjuru bersama Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang diwakili Datuk Seri Dr Sim Kui Hian, Chai Kueh Khun dari Parti Bumi Kenyalang (PBK) dan Parti Aspirasi Rakyat Sarawak (Aspirasi), Fong Pau Teck.
Ikuti perkembangan terkini dann info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my