
Kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Opar bakal berlakunya perang antara saudara apabila penyandangnya Datuk Ranum Mina daripada Parti Sarawak Bersatu (PSB) bakal berentap dengan anak saudara sendiri iaitu Billy Sujang yang mewakili Gabungan Parti Sarawak (GPS).
Kawasan Opar yang majoriti masyarakatnya adalah dari keturunan Bidayuh bakal menyaksikan pertarungan enam penjuru dalam pilihan raya kali ini berbanding pilihan raya sebelumnya.
Ranum berkata beliau tidak boleh berada di zon selesa ketika berdepan lawan yang majoritinya calon muka baharu meskipun sudah menambat hati pengundi DUN Opar sejak 2006.

Beliau mengakui PRN kali ini amat mencabar dan beliau juga tidak berasa begitu selesa kerana beliau dan ahli lain perlu bekerja keras untuk memperolehi kepercayaan rakyat.
PBS yang bertanding 70 kerusi mempunyai tekad mereka sendiri iaitu menghapuskan amalan pilih kasih kerana beliau merasakan dibuat seperti anak tiri kerajaan kerana peruntukan pembangunan yang disediakan tidak sama rata walaupun duduk di sebuah organisasi yang sama.
Berkongsi pengalaman dua dekad sebagai wakil rakyat, beliau juga mempunyai detik yang sukar terutama masalah kewangan yang mempengaruhi pembangunan yang dirancang tetapi tetap meneruskannya.
DUN Opar memerlukan pembangunan dari segi infrastruktur serta mewujudkan pusat ekonomi di kawasan itu kerana kebanyakan penduduknya terlibat dalam aktiviti pertanian dan mengusahakan tanaman seperti kelapa sawit, lada hitam, nanas, durian serta manggis.
Ikuti perkembangan terkini dann info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my