
Viral video buli di kalangan pelajar MRSM yang memukul, menumbuk dan sebagainya itu baru-baru ini hanya disebabkan kes video lucah.
Kes buli di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Sultan Azlan Shah, Kuala Kangsar ini telah berlaku disebabkan hanya kerana mangsa telah menasihati salah seorang suspek untuk tidak terus menonton video lucah.
Datuk Mior Faridalathrash Wahid yang merupakan Ketua Polis Perak itu hasil siasatan dan keterangan diperoleh daripada mangsa buli berkenaan. Polis telah menemubual mangsa kes buli tersebut dan mendapati punca atau sebab pergaduhan kerana mangsa dikatakan menasihati seorang daripada suspek supaya tidak menonton video lucah di telefon bimbit ketika itu.
“Mangsa memberitahu jika tidak berhenti menonton (video lucah) dia akan melaporkan perkara itu kepada guru atau warden. Jadi, perkara ini dikatakan menjadi punca suspek bertindak memukul atau membuli mangsa.

Disebabkan ugutan mangsa tersebut, enam suspek telah naik berang dan salah seorang daripada mereka merupakan pelajar Tingkatan Tiga yang telah menyuruh rakannya itu menumbung dan menendang mangsa.
Sebelum ini, pihak media telah melaporkan polis menahan enam pelajar sekolah berasrama di Kuala Kangsar yang menjadi suspek utama kes buli terhadap seorang pelajar sebelum video mengenainya tular di media sosial.
Setakat ini polis telah merakam percakapan saksi yang terlibat selain menahan 10 individu yang disyaki terbabit dan bersubahat dalam insiden itu. Seramai lapan saksi telah dipanggil dan diambil keterangan sebelum semua semua suspek dibebaskan dengan jaminan polis.
Pihak polis juga telah merampas 11 unit telefon bimbit dan telah dihantar ke jabatan forensik untuk melihat kandungan di dalamnya. Kes tersebut akan dibawa kepada Timbalan Pendakwa Raya dan Jabatan Peguam Negara untuk tindakan lanjut sebaik selepas semua siasatan selesai.
Mangsa kini telah menerima rawatan di sebuah hospital di Selangor dan keadaanya itu kini stabil tanpa kecederaan serius.
Ikuti berita-berita perkembangan terkini di dalam dan juga luar negara hanya di https://mysmedia.my/