
Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) telah memohon kepada insititusi pengajian tinggi swasta (IPTS) untuk mengurangkan bayaran yuran kepada pelajar.
Ia berhubung demi mengurangkan beban pelajar pihak KPT untuk melanjutkan moratorium kenaikan yuran kursus pengajian IPTS yang telah dilaksana bermula 1 Jun 2020 hingga 31 Disember ini.
Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Noraini Ahmad berkata KPT pengurangan bayaran itu atas dasar keprihatinan dan cakna kebajikan mereka.
Tambah beliau, sesi libat urus awal telah dilaksanakan oleh KPT dengan IPTS berkaitan perekara tersebut.
Pihak KPT menyasarkan RM2.5 billion kutipan pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) untuk tahun hadapan.
Tambah Noraini, pihak mereka juga menganggarkan sejumlah RM2 billion kutipan dalam tempoh pemberian diskaun bayaran balik PTPTN yang bermula 1 November sehingga 30 April 2022 ini.
Rang Undang-Undang yang memperuntukkan RM 11,546,744,200 kepada KPT menerusi Bajet 2022 yang diluluskan dengan lebih suara yang bersetuju selepas dibahaskan 22 Ahli Parlimen dari pihak kerajaan dan pembangkang sertas Bebas.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my