
Laporan dari Kemeneterian Kesihatan Malaysia (KKM) menunjukkan 48 kes kematian baharu akibat jangkitan Covid-19 setakat malam tadi.
Pertambahan jumlah kes kematian itu menjadikan jumlah kematian keseluruhan jangkitan Covid-19 menjadi 30,956 orang dari 2.69 juta kes positif Covid-19 yang dikesan di negara ini.
Menurut data dari KKM melalui portal CovidNow, 12 daripada 48 kes kematian yang dilaporkan itu berlaku di luar hospital (brought-in-dead atau BID).
Kes kematian yang dilaporkan itu juga melibatkan sejumlah kes yang tertunggak iaitu ada antara kes yang meninggal dunia beberapa minggu lalu.
Ini kerana proses untuk mengesahkan sama ada pesakit Covid-19 meninggal dunia akibat Covid-19 mengambil masa yang lama.
Dalam pada masa yang sama, terdapat 57,674 kes aktif Covid-19 di seluruh negara.
Daripada jumlah itu, 82.5 peratus iaitu 57,674 individu sedang menajalani kuarantin kendiri di rumah masing-masing.
Manakala, seramai 5,280 pesakit Covid-19 ditempatkan di Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 (PKRC).
4,412 pesakit Covid-19 pula sedang dirawat di hospital dan 382 pesakit sedang ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Kes pesakita yang ditempatkan di ICU, seramai 181 memerlukan bantuan pernafasan dan 201 pesakit memerlukan mesin ventilator.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my