
Pada 1 Februari tahun depan, mengeluaran wang tunai di ATM akan bermula semula mengenakan caj transaksi RM1.
Matlumat mendapati bahawa terdapat beberapa bank mengeluarkan notis berkenaan dengan caj transaksi RM1 di platform media sosial masing-masing seperti Maybank, Bank Islam, Malaysia Bhd, CIMB Bank Bhd dan RHB Bank Bhd.

“Adalah dimaklumkan bahawa berkuat kuasa 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan semula kepada pelanggan kad debit RHB Bank bagi pengeluaran wang tunai di ATM bank lain. Pemegang kad debit RHB Bank boleh melakukan pengeluaran wang tunai tanpa caj di semua ATM RHB Bank.” – RHB
“Bermula pada 1 Februari 2022, caj RM1 akan dikenakan semula bagi transaksi pengeluaran di ATM bank lain bagi setiap transaksi yang dilakukan. Bagi pemegang kad Bank Islam, tiada caj dikenakan untuk pengeluaran menggunakan ATM Bank Islam.” – Bank Islam
“Para pelanggan yang dihormati, berkuat kuasa pada 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 akan dikenakan ke atas pengeluaran wang tunai antara bank untuk transaksi yang dilakukan di ATM/mesin layan diri bukan CIMB Bank/CIMB Islamic,” – CIMB
“Harap maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula. Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank.” – Maybank

Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my