
Dewan Rakyat telah meluluskan dua lagi rang undang-undang yang membabitkan Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 dan Rang Undang-Undang Petunjuk Geografi 2021.
Kedua-dua rang undang-undang itu telah diluludkan ketika persidangan di Dewan Rakyat, semalam.
Rang Undang-Undang Hak Cipta (Pindaan) 2021 bertujuan untuk mengukuhkan peruntukan berkaitan penguatkuasaan hak cipta.
Rang undang-undang ini memberikan keutamaan dalam digital dengan memperkenalkan kesalahan pelanggaran hak cipta, melibatkan teknologi penstriman sesuai dengan perkembangan penyiaran karya secara dalam talian.
Rang undang-undang itu bertujuan untuk meminda Akta Hak Cipta 1987 (Akta 332) juga akan meluaskan kuasa penguatkuasaan, jelas Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Datuk Seri Alexander Nanta Linggi.
Penguatkuasaan itu untuk memastikan tindakan lebih sesuai untuk mana-mana orang yang melakukan kesalahan dibawah hak cipta.
Jelas Nanta, KPDNHEP akan memastikan pindaan Akta 332 akan memberikan perlindungan hap cipta yang betul termasuk melaksanakan pengecualian hak yang dibenarkan di peringkat antarabangsa.
Timbalan Menteri KPDNHEP, Datuk Rosol Wahid menjelaskan Rang Undang-Undang Petunjuk Geografi 2021 itu berperanan mengawal selia pembangunan dan pentadbiran sistem harta intelek melalui Perbadanan Harta Intelek Malaysia (MyIPO).
Tambah Rosol, rang undang-undang itu juga termasuk dalam mentadbir dan menguatkuasa Perundangan Harta Intelek seperti perlindungan dan pendaftaran petunjuk geografi.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my