
Ustaz Imran Abdul Rahman yang merupakan Timbalan Pesuruhjaya 2 PAS Melaka berkata Pilihan Raya Umum ke-15 ((PRU15) tidak sesuai dilakukan dalam masa terdekat kerana rakyat sedang keletihan dan bergelut dengan pelbagai masalah yang menimpa negara.
Beliau juga berkata, rakyat di Negeri Melaka yang baru sahaja lepas berlakunya PRN kini baru mula lega dan kini rakyat di Sarawak pula bergelut dengan PRN.
“Kalau PRU15 diadakan dalam masa terdekat, Melaka dan Sarawak sekali lagi akan terpaksa menghadap pilihan raya parlimen pula. Adakah ahli-ahli politik ini tidak ada rasa simpati pada rakyat?” soalnya.
Tambahan pula, beliau berpendapat pihak kerajaan harus menumpukan perhatian penuh untuk menghapuskan wabak COVID-19 yang masih aktif di negara dan menumpukan perhatian tentang isu kenaikan harga barang.
Beliau berpendapat pihak kerajaan harus menumpukan sepenuhnya kepada masalah yang dihadapi rakyat sekarang kerana apabila berlakunya pilihan raya, semua calon dan parti sibuk memikirkan strategi untuk mereka menang.
Semua pihak sedar dengan berlakunya (PKP) semua orang terjejas dan jumlah rakyat yang keluar mengundi di PRN Melaka yang sedikit menunjukkan mereka tidak memerlukan pilihan raya buat masa sekarang.
Selain itu, disebabkan wabak COVID-19 ramai anak-anak yang kehilangan ibu bapa perlu diberikan bantuan dan rakyat juga marah apabila mengadakan PRN tetapi tetap keluar untuk menunaikan tanggungjawab mereka walaupun masih takut dengan wabak COVID-19.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my