
BATANG LUPAR: Bagi mendoakan kemenangan PAS di Beting Maro, Dewan Ulamak PAS Pusat dan Jawatankuasa Induk Pilihan Raya PAS Negeri Sarawak menyeru semua pendukung parti itu khususnya alim ulama mengadakan munajat.
Dr Wan Nik Wan Yussof, Pengarah Jawatankuasa Induk PRN PAS Sarawak, berkata munajat dan solat hajat boleh diadakan di tempat masing-masing.
“Kita hendaklah sama-sama mendoakan kemenangan calon tunggal PAS di Beting Maro,” katanya.
Sebanyak RM500 Arif Paijo dalam tawarkan kepada penduduk di Beting Maro bersedia menyalurkan bantuan kepada penjaja dan nelayan sekiranya diberi manfat rakyat pada Sabtu ini.

Selain itu sagu hati kepada pasangan pengantin baru, sumbangan sebanyak RM1,500 kepada keluarga penduduk miskin bagi membaiki rumah mereka.
Turut ditawarkan kepada rakyat di Beting Maro usaha untuk menaik taraf kemudahan infrastruktur di Dun terbabit bagi keselesaan rakyat.
“Kamek juga sedia menawarkan insentif kepada pelajar cemerlang dan wakaf pendidikan untuk semua peringkat sebagai mencerminkan semangat Keluarga Malaysia.
“Turut juga akan kamek usahakan sekiranya diberi mandat rakyat dengan mengaktifkan persatuan, NGO dan kelab yang terdapat di Beting Maro dan menyelesaikan masalah tanah rakyat,” katanya di sini.
Arif Paijo turut berharap pengundi keluar mengundi pada Sabtu ini dengan mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan.
Jangan lupa katanya memilih calon nombor 5 pada kertas undi nanti untuk memberi nafas baru kepada Beting Maro.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/