
Gabungan Parti Sarawak (GPS) tetap jadi pilihan masyarakat Cina di sini bagi mewakili suara mereka pada Pilihan Raya Negeri Sarawak ke-12 (PRN12) .
Bagi Kong Kih Ming, pengundi di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Goram, dia sememangnya mahukan wakil rakyat yang sentiasa prihatin dengan keluh kesah rakyat dan GPS telah membuktikan perkara tersebut.
“Saya mahukan wakil rakyat yang sentiasa mendengar suara dan masalah rakyat serta menunaikan tanggungjawab sebaiknya”. Kata penduduk di situ.
GPS telah banyak membawa kemajuan dan pembangunan di Kapit dan dia percaya banyak lagi perancangan untuk Kapit di masa akan datang.
Bagi Robert Tan, sebagai individu yang berasal dari Kapit, tiada lain yang dimahukan selain pembangunan berterusan bagi terus merancakkan ekonomi penduduk.
Terus kekal dengan kerajaan GPS supaya mereka dapat meneruskan apa yang telah mereka rancang untuk memajukan bahagian Kapit terutama kawasan Bukit Goram kerana bagi dia sebagai orang asal Kapit banyak sangat perubahan yang telah dibawa ketika ini.
Tommy Wong Chong Wei yang merupakan peniaga di Kapit yang juga pengundi di Dun Bukit Goram juga memuji sifat keprihatinan dan sifat ketokohan yang ada pada penyandang kerusi Jefferson Jamit Unyat dan beliau wajar diberi mandat untuk meneruskan khidmat baktinya kepada penduduk di kawasan itu.
Banyak perubahan dari berbagai segi yang telah dilakukan oleh calon GPS menjadikan mereka lebih menyokong calon itu untuk meneruskan usaha mereka membangunkan tempat mereka.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my