
Banjir yang melanda di Shah Alam Selangor amat mengejutkan ramai pihak kerana banjir yang cukup besar melanda tanpa diduga sehingga banyak memusnahkan harta benda.
Seorang sukarelawan yang bernama Abang Azwan sanggup datang ke Shah Alam dari Melaka untuk membantu mangsa banjir dengan membawa botnya sendiri menggunakan kereta viva miliknya.
Netizen juga berkata walaupun naik kereta viva tetapi ia bukan satu alasan untuknya membantu orang lain tetapi di mana pihak kerajaan yang mempunyai banyak kelengkapan bot yang lambat datang membantu mangsa.
Tambahan Pula, di Twitter ramai yang memuji tindakan abang Azwan yang sanggup berkorban masa, tenaga dan duit untuk datang membantu mangsa banjir yang masih tidak dipindahkan lagi serta memberi bantuan mengikut kemampuannya.
Netizen di Twitter mula menyoalkan di mana barisan menteri yang sering memberikan janji-janji supaya menjaga kebajikan rakyat tetapi setelah beberapa hari berlakunya banjir baru mereka munculkan diri.
Abang Azwan juga tidak meminta balasan duit daripada sesiapa tetapi hanya ingin menghulurkan bantuan kepada orang yang memerlukan supaya dapat meringankan beban mereka sedikit.
Tambahan pula, Abang Azwan juga ada meninggalkan no akaun bank miliknya untuk dia menyumbang serba sedikit wang yang diberikan oleh orang ramai kepada mangsa banjir.
Selain itu, ramai rakyat-rakyat Malaysia meluahkan rasa kecewa mereka terhadap pihak kerajaan yang lambat memberikan bantuan kepada mangsa banjir sehingga mereka terpaksa duduk di atas bumbung tanpa makan dan minum.
Warga Twitter juga berkata kebanyakkan rakyat yang membantu sesama rakyat sehingga sanggup turun padang dan yang lagi elok setiap sukarelawan awam tidak memerlukan penggiring, tak perlu tinjau dan tidak perlu wartawan untuk memulakan sesuatu bantuan.
Segala khidmat bakti yang diberikan oleh sukarelawan awam itu tidak bernilai harganya walaupun sedikit pertolongan tetapi ia boleh menyelamatkan banyak nyawa.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my