
Seorang kanak-kanak yang berusia 2 tahun ditemui dalam keadaan lemah di sebuah rumah yang terjejas banjir di Taman Sri Muda pada Rabu lalu.
Menrusi sebuah video yang berdurasi 27 saat, mangsa yang berada dalam keadaan lemah itu ditemui oleh pasukan perubatan di rumah bersama beberapa ahli keluarga lain.
Tulis pengendali Twitter tersebut bahawa doktor mohon bantuan polis untuk keluarkan mangsa.
Video yang tular itu memaparkan mangsa didukung oleh seorang anggota polis yang dibawa ke sebuah khemas untuk pemeriksaan kesihatan.
Kanak-kanak itu didapati bahawa berada dalam keadaan lemah dan mengalami simptom muntah disyaki akibat kekurangan air.
Kanak-kanak terbabit telah dibawa ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang untuk rawatan lanjut.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my