
Influencer Khairul Aming, Azfar Heri turun membantu sehingga baju sendiri kotor orang kerajaan hanya bagi mini love dan pakai heels melawat kawasan banjir?
Kita sudah semestinya telah digemparkan dengan berita-berita mengenai cuaca buruk dan bencana alam seperti banjir ini telah melanda negara kita. Disebabkan rata-rata geram dengan tindakan orang-orang kerajaan mahupun politik ini, influencer terkenal menyejukkan sedikit hati netizen kerana sanggup membantu dalam membersihkan sesetengah kawasan yang terjejas.
Menurut posting Twitter daripada Khairul Aming sendiri, dirinya itu mengucapkan terima kasih kepada sahabatnya itu yang sanggup datang ke Venting walaupun mereka daripada tempat yang jauh seperti Kl, Pahang, Negeri Sembilan mahupun Perak.
Ini menunjukkan influencer seperti ini mampu memberikan nilai moral yang sangat baik kepada pengikutnya di media sosial lebih-lebih lagi remaja atau kanak-kanak bawah umur. Khairul Aming telah dua hari di Bentong, Dan volunteer yang hadir bersamanya sangatlah ramai. Diharapkan masih ramai lagi anak muda seperti mereka yang rajin dan menunjukkan sifat kepimpinan yang tinggi.

Menginspirasi serta berevolusi dengan berita terkini dan banyak lagi hanya di portal https://mysmedia.my/