
Bank Simpanan Nasional (BSN) kini akan menawarkan wang peribadi tampa faedah MyRinggit-i sebanyak RM10,000 berbanding RM5,000 yang pernah diumumkan pada minggu lalu kepada semua mangsa banjir.
“RM100 juta diperuntukkan bagi tujuan ini bagi meringankan beban mangsa-mangsa banjir untuk membeli peralatan dan kelengkapan rumah baharu bagi menggantikan yang telah musnah akibat bencana,” – kata Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz.
Selain itu, beliau berkata pembiayaan yang diberikan adalah dengan moratorium bayaran balik selama enam bulan dan selanjutnya bayaran balik dalam tempoh 3.5 tahun.
Setiap pemohon boleh memohon mulai 27 Dis, 2021 di laman web rasmi BSN https://www.bsn.com.my.
Dalam pada itu, BSN juga ada menjelaskan bahawa MyRinggit-i Banjir terbuka kepada semua mangsa banjir di seluruh negara.

“Mangsa-mangsa yang terkesan akibat banjir boleh memohon dengan melengkapkan borang permohonan dalam talian melalu laman web rasmi BSN – www.bsn.com.my.
“Bagi pemohon yang mempunyai masalan atau tidak mempunyai akses untuk ke laman web berkenaan, sila kunjungi Cawangan BSN berdekatan bagi membuat permohonan,” menurut BSN.
Dokumen yang diperlukan bagi membuat permohonan itu ialah salinan kad pengenalan, salinan bil elektrik rumah yang terjejas dan surat pengesahan daripada pegawai daerah/JKKK/laporan polis berkenaan rumah yang terjejas.
Tambahan lagi dari BSN, pemohonan boleh disemak dan melihat status dari semasa ke semasa melalui laman web rasmi BSN www.bsn.com.my atau hubungi Pusat Perhubungan Pelanggan BSN menggunakan talian 1300-88-1900 untuk matlumat lanjut.
Inisiatif melalui BSN ini telah diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada 22 Dis, 2021, bagi membantu meringankan beban mangsa banjir.

Beliau juga memgumumkan bantuan bayaran balik pinjaman untuk mangsa-mangsa banjir bagi pinjaman yang melibatkan hartanah, perumahan, kenderaan, kad kredit serta pinjaman peribadi selama enam bulan, termasuk juga kemudahan penangguhan atau pengurangan bayaran balik ansuran.
Ismail Sabri mengatakan bahawa TEKUN Nasional juga memberikan bantuan selain BSN iaitu mengkhususkan dana berjumlah RM30 juta untuk Pinjaman Pemulihan Banjir Pembiayaan bagi PKS mikro yang terkesan.
“Bagi pinjaman sehingga RM10,000, tiada kadar faedah dikenakan dan moratorium bayaran balik diberikan untuk 12 bulan,” – kata Ismail Sabri
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my