
Berdasarkan ramalan banjir Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS), dijangka banjir akan berlaku di beberapa kawasan di Kelantan dan Terengganu bermula 30 hingga 31 Disember ini.
Pada malam tadi, terdapat kenyataan daripada JPS memaklumkan bahawa kemungkinan ramalan yang dikeluarkan itu susulan Ramalan Cuaca Signifikan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) bagi tarikh 25 Disember hingga akhir tahun ini.

Menurut kenyataan tersebut, masalah banjir yang diramalkan akan tiba di Kelantan antara jam 8 malam (30 Disember) dan pada keesokan hari jam 8 pagi pula di Gua Musang dan Kuala Krai serta kawasan sekitarnya sudah dijangkakan kenaikan aras air melepasi paras bahaya di Sungai Galas di Limau Kasturi dan Dabong serta Sungai Kelantan di Kuala Krai.
Pada waktu yang sama, ramalan banjir teruk akan membabitkan daerah Dungun dan kawasan berdekatan di Terengganu, aras sungai di Sungai Dungun di Kampung Pasir Raja juga dijangka naik melepasi aras bahaya.

Oleh sebab itu, JPS mengigatkan orang awam supaya sentiasa berwaspada dan peka dengan setiap amaran dan arahan yang diberikan pihak berkuasa dari semasa ke semasa.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my