
JAIS pada hari ini telah mengeluarkan kenyataan bahawa mereka akan membuka tempat pengumpulan naskhah Al-Quran serta buku agama yang telah rosak akibat banjir akan dikumpulkan di ne Selangor.
Banjir besar yang telah melanda Malaysia khususnya negeri Selangor ini telah mengakibatkan kemusnahan serta kerosakan harta benda termasuklah al-Quran, naskah buku agama di masjid, surau, sekolah serta rumah persendirian. Dengan ini JAIS telah menetapkan 6 lokasi pengumpulan.


Perkara ini telah diambil tindakan oleh pihak Jais kerana ayat-ayat suci Allah ini sudah semestinya harus dilindungi walaupun ianya sudah rosak.
Diharapkan usaha dalam menjaga kesucian al-Quran ini mampu memupuk semangat perpaduan diantara kita yang beragama Islam.
Menginspirasi serta berevolusi dengan berita terkini dan banyak lagi hanya di portal https://mysmedia.my/