
Varian baharu Covid-19 yang dipanggil Omicron didapati sudah merebak di kawasan Pulau Pinang sehingga merekodkan dua kes berkenaan varian tersebut.
Ketua Menteri, Chow Kon Yeow mengatakan Jabatan Kesihatan Negeri Pulau Pinang (JKNPP) memaklumkan kedua-dua kes beritu merupakan jangkitan dari luar negara membabitkan dua induvidu pulang dari Arab Saudi selepas menunaikan umrah.

Tambahan lagi, bagi mengelakkan Omicron merebak kedua-dua pesakit dihantarkan di hospital dan dikuarantinkan pada masa ini.
“Usaha untuk mengesan kontak rapat juga sedang dijalankan sebagai langkah berjaga-jaga. Setakat semalam (Ahad), Pulau Pinang telah merekodkan dua kes Omicron dan kita memandang serius perkara ini.
“Kita akan mengambil semua langkah yang perlu untuk memastikan varian ini tidak menular,” – kata Chow Kon Yeow.
Kon Yeow turut mengingatkan rakyat Pulau Pinang agar mengambil suntikan penggalak Covid-19 selain mematuhi prosedur operasi standard (SOP) yang sudah di tetapkan.

“Kita mempunyai pusat pemberian vaksinasi (PPV), hospital dan klinik yang mencukupi untuk menampung mereka yang ingin mendapatkan suntikan penggalak. Ini adalah usaha terbaik kita dalam menangani pandemik Covid-19.
“Kita mahu mengelak jangkitan Covid-19 dalam kalangan masyarakat,” tambahnya sambil menekankan bahawa setiap pihak harus memainkan peranan mereka.
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my