
Telah tularnya sebuah video di media sosial yang melibatkan kenderaan yang dipercayai membawa VIP serta diiringi polis trafik pengiring telah menyebabkan perjalanan sebuah ambulans yang kemungkinan dalam kecemasan itu diberhentikan kini mendapat penjelasan sebenar.
Polis Diraja Malaysia melalui Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Selangor, Supt. Aziman Shari’at telah mengeluarkan kenyataan bahawa perkara tersebut telah berlaku semasa rombongan Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri yang ingin melihat sendiri kerja-kerja pembersihan dan bantuan dari pelbagai agensi terhadap mangsa banjir pada 26 Disember 2021.
Tindakan mengawal trafik tersebut telah diambil oleh anggota trafik yang selaras dengan peruntukan di bawah Kaedah Lalu Lintas No.9 LN 166/1959 dalam Akta Pengangkutan Jalan 1987.


“Semua pegawai dan anggota JSPT sentiasa diarahkan untuk memberi keutamaan kepada kenderaan kecemasan seperti membawa pesakit dan anggota bertugas di persimpangan berkenaan telah membuat penilaian awal sebelum memberhentikan kedua-dua kenderaan tersebut untuk tempoh masa yang singkat.” – Aziman.
Tambahan pula, menurut pihak beliau jika anggota trafik yang bertugas ketika itu memberi keutamaan kepada pacuan empat roda dan ambulans milik PBSM yang hendak keluar dari simpang ke jalan utama itu, ia boleh mewujudkan risiko kemalangan serta membahayakan pengguna jalan raya.
Anggota telah mengambil tindakan segera dalam memberikan keutamaan kepada ambulans dan kenderaan pacuan empat roda setelah penelitian tiada risiko kemalangan berlaku.
Menginspirasi serta berevolusi dengan berita terkini dan banyak lagi hanya di portal https://mysmedia.my/