
Penduduk Taman Sri Indah, Cheras menyuarakan kebimbangan mereka apabila Sungai Langat yang dilihat mengalami hakisan akibat banjir pada 19 Disember lalu.
Wakil penduduk Fasa 3, Taman Sri Indah, Mohd, Razif Husaini berkata bahawa pihak mereka masih menantikan kehadiran pihak berkuasa untuk melihat sendiri keadaan Sungai Langat itu yang terletak berhampiran rumah penduduk.
Menurut Razif, hakisan yang berlaku itu sepanjang 300 meter (m) dan keluasan sungai itu melebar kira-kira 50 m dan juga jarak sungai dari rumah penduduk terdekat adalah 50 m.
Tambah beliau, hakisan akan berlaku lebih teruk dan tidak mustahil akan menjejaska rumah penduduk berhampiran sekiranya tiada tindakan dari pihak berkuasa.
Razif juga berkata bahawa banjir yang baru berlaku itu tidak pernah dialami penduduk kawasan tersebut dan banjir yang terkakhir melanda pada 1994 dan tidak seteruk tahun 2021 ini.
Banjir yang naik setinggi hampir dua meter berlaku kira-kira pukul 6.30 pagi dan surut lira-kira 4,30 petang yang berlaku dengan pantas.
Kejadiaan banjir itu dianggarkan menjejaskan 270 kediaman dan Razif menyeru supaya pihak berkuasa lebih-lebih lagi Jabatan Pengaliran dan Saliran (JPS) melihat sendiri kerosakan yang dialami.
Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Balakong, Datuk Hoh Hee Lee menjelaskan bahawa keadaan sungai berkenaan mengalir deras dan akan mendatangkan risiko kepada hakisan yang seterusnya.
Tambah beliau, pihak JPS perlu bertindak segera kerana jara tebing Sungai Langat dengan kediaman penduduk terlalu dekat.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my