
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan beterusan peringkat kuning kepada lima negeri.
Amaran hujan itu akibat dari luruan monsun yang sedang berlaku dan hujan lebat akan berterusan sehingga 3 Januari.
Negeri-negeri yang terlibat ialah Sabah, Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.
Kenyataan dari MetMalaysia yang dikeluarkan, amaran hujan yang berterusan akan berlaku di daerah Tawau, Sandakan dan Kudat bermula hari ini sehingga 2 Januari nanti.
Untuk negeri Terengganu dan beberapa daerah di Kelantan (Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Jeli, Tanah Merah, Bachok, Machang, Pasir Puteh dan Kuala Krai) amaran hujan lebat dijangka bermula Khamis sehingga 1 Januari depan.
Amaran hujan turut dikeluarkan di Pahang di beberapa daerah yang terlibat iaitu Jerantut, Maran, Kuantan, Pekan dan Rompin manakala untuk Johor kawasan yang terlibat ialah Mersing.
Laporan dari MetMalaysia, angin yang bertiup dari arah timur laut dijangka berpotensi membawa hujan yang berterusan dan angin kencang dan akan menyebabkan banjir di kawasan yang berkedudukan rendah.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my