
DUNGUN: Bagi memudahkan pengurusan mangsa gelombang ketiga banjir di Dungun, Polis Diraja Malaysia (PDRM) membuka sebuah markas taktikal di Kampung Jongok Batu, Hulu Dungun.
Supt Baharudin Abdullah, Ketua Polis Daerah Dungun, markas itu diwujudkan sebagai pusat operasi di lapangan, untuk mengkoordinasi dan menyelaraskan operasi bantuan yang melibatkan pelbagai agensi penyelamat.
Antaranya termasuklah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), serta Angkatan Pertahanan Awam Malaysia.

Hujan lebat sejak Khamis menyebabkan Kampung Pasir Raja dan Kampung Shukor dilanda banjir, menurut Baharudin.
“Kalau mengikut keadaan hujan sekarang ini, kita jangka memang akan ada penambahan, di kawasan Pasir Raja sendiri, dan juga di kawasan Shukor.”
“Dan mungkin esok air akan turun di kawasan Kuala Jengai dan Kampung Minda,” katanya.
Banjir gelombang ketiga yang melanda Terengganu sejak Khamis menyebabkan dua kampung di Daerah Dungun terjejas.
Sebanyak dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah diaktifkan bagi menempatkan serami 390 mangsa melibatkan 114 keluarga.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/