
Mangsa banjir di daerah Dungun yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) hari ini semakin meningkat iaitu 390 orang berbanding 69 orang pada Khamis.
Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Terengganu menerusi kenyataan pada Jumaat, sebanyak 115 buah keluarga telah dipandahkan ke dua buah PPS di daerah berkenaan setakat jam 8 pagi.
Dewan Orang Ramai Kampung Pasir Raja yang dibuka pada pukul 4 petang semalam kini menempatkan seramai 163 mangsa banjir daripada 55 buah keluarga.
Satu lagi PPS yang dibuka iaitu Dewan Orang Ramai Kg Shukor yang dibuka pada pukul 6 petang semalam yang menempatkan 225 mangsa dari 60 keluarga.
Dalam pada masa yang sama, kenyataan yang dikeluarkan itu turut menjelaskan keadaan semasa di Terengganu yang kini hujan di beberapa tempat.
Berdasarkan kemas kini dari Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu, setakat jam 8 pagi tadi, tiga stesen sungai telah melebihi paras amaran iaitu stesen Sungai Kuala Jengai di Dungun pada paras 20.65 meter (m) dengan menunjukkan peningkatan.
Stesen Kg Langkap di Setiu pada paras 20.31 m dengan trens menurun dan stesen Kg Keruak di Besut pada paras 34.69 m dengan trend meningkat.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my