
Penduduk di Kampung Sungai Manjang amat memerlukan sebah balai raya yang boleh berfungsi dan digunakan sebagai pusat pemindahan sementara (PPS) apabila berlaku banjir di kawasan tersebut pada musim monsun timur laut.
Datuk Zakaria Mohd Edris yang merupakan Ahli Parlimen Libaran berkata ketua kampung dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan dan Keselamatan Kampung boleh berbincang bersama Majlis Perbandaran Sandakan untuk mendapatkan tapak yang sesuai bagi pembinaan balai raya itu.

“Buat masa ini, Masjid Nur Iman di kampung itu menjadi PPS bagi penduduk terjejas namun sekiranya masjid berkenaan tidak mampu menampung lebih ramai mangsa jika cuaca semakin buruk, Pejabat Pertanian Manjang boleh membantu menempatkan mangsa terbabit,” kata – Datuk Zakaria Edris
Jelasnya, kampung itu didapati mempunyai 620 penduduk dan 145 orang daripadanya terjejas bencana banjir sejak semalam.
Pada masa ini, kira-kira 60 orang telah dihantarkan ke Masjid Nur Iman manakala usaha dan misi menyelamatkan mangsa lain yang masih dalam bahaya dan terperangkap sedang dijalankan.

Zakaria memberitahu bahawa beliau berharap mangsa yang terperangkap mematuhi arahan berpindah ke kawasan yang sepatutnya dan diberitahu oleh pasukan penyelamat apabila mereka tiba menjumpai mereka.
“Alhamdulillah, kita gunakan bot dan telah beri bantuan termasuk makanan dalam bentuk bermasak dan boleh dimasak sendiri,” – kata Zakaria
Sentiasa menginovasi dan menginspirasi, berita dan banyak lagi di portal mysmedia.my