
Institusi Pendidikan di bawah Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) yang terkesan akibat banjir yang telah dijadikan Pusat Pemindahan Sementara akan dibuka semula selepas selesai bencana alam.
KPM memaklumkan terdapat 18 sekolah telah dinaiki air, 87 buah dijadikan PPS serta 8 buah lagi baru pulih dari banjir dan masih belum sedia untuk beroperasi.
Pihak KPM akan terus memantau dan mengemaskini bilangan institusi yang dilanda banjir atau yang dijadikan pusat pemindahan sementara.
Perubahan senarai institusi yang terlibat akan di keluarkan oleh KPM dan semua orang boleh mengakses melalui laman sesawang yang telah ditetapkan.
Pihak KPM berkata, institusi pendidikan yang sedia beroperasi akan dibuka apabila kerja pembersihan dan baik pulih selesai sebelum tarikh persekolahan dibuka.
Institusi Pendidikan bawah KPM ialah Sekolah, Kolej Vokasional, Kolej Matrikulasi, dan Institusi Pendidikan guru serta Sekolah Swasta yang berdaftar dibawah KPM.
Tarikh pembukaan sekolah pada 9 Jan bagi Negeri kumpulan A dan 10 Jan bagi Negeri kumpulan B yang telah ditetapkan oleh pihak KPM.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/