
Beberapa kawasan di Kemaman dinaiki air ekoran dari fenomena air pasang besar yang berlaku di daerah itu pada malam Isnin.
Kawasan yang terlibat ialah kawasan yang terletak berhampiran pesisir pantai dan muara sungai iaitu Kampung Geliga Baru dan Kampung Jabor Estate.
Dua pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah berkenaan, jelas Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana negeri dalam satu kenyataan.
Setakat jam 8 pagi Selasa, seramai 19 mangsa daripada lima keluarga telah dipindahkan ke PPS yang dibuka sejak pukul 9 malam Isnin.
Daripada jumlah itu, seramai 10 mangsa ditempatkan di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Geliga manakala sembilan mangsa lagi ditempatkan di Sekolah Kebangsaan (SK) Lembah Jabor.
Dalam kenyataan, fenomena air pasang besar yang berlaku itu menghampiri 3.7 meter.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my