
Pihak bomba nasihati orang ramai supaya tidak menjadikan banjir sebagai ‘pesta air’ dengan abaikan aspek keselamatan yang boleh mengancam nyawa.
Jelas Ketua Zon 4 Jabatan Bomba dan Penyelamat Johor Penguasa Bomba Rasidi Md Yunos, paras air dikawasan yang terjejas banjir sangat deras dan semakin tinggi.
Tambah beliau, ada yang menjadikan banjir sebagai pesta air dan memuat naik video di aplikasi TikTok dan beliau menjelaskan bahawa aktiviti berikut sangat berisiko kerana mereka dilihat tidak peduli dengan keselamatan.
Beliau turut berkata bahawa orang ramai dilihat tidak memakai jaket keselamatan dan ada juga ibubapa yang membiarkan anak-anak kecil bermain air.
Dalam pada masa yang sama, beliau turut menasihati agar penduduk di daerah Segamat dan kawasan yang terjejas banjir supaya tidak mengambil risiko meredah arus banjir.
Hal itu kerana, kedalaman air dan kekuatan arus yang deras ketika banjir tidak dapat dijangkakan sekaligus membahayakan nyawa.
Beliau juga berharap agar penduduk dapat memberikan kerjasama dan patuhi arahan pihak berkuasa bagi mengelakan kejadian yang tidak diingini berlaku.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my