
Proses pembersihan di kesemua 21 lokaliti terjejas banjir di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) telah mencapai 80 peratus setakat ini.
MBSA menyasarkan kesemua sampah di kesemua lokaliti termasuk Taman Sri Muda dapat dikeluarkan sehingga Ahad ini.
Jelas Timbalan Datuk Bandar Mohd Rashidi Ruslan, Isnin depan akan masuk ke fasa kedua sehingga 20 Januari dan MBSA akan menjangkakan sampah akan datang kembali apabila ada yang bersihkan rumah semula.
Tambah beliau, proses pembersihan yang dijalankan hampir 24 jam sehari turut disertai dari pelbagai agensi termasuk badan bukan kerajaan.
Pihak mereka akan menfokuskan untuk membersihkan kawasan kediaman pada waktu siang dan kawasan industri dan komersial pula pada waktu malam.
Menurut beliau, secara keseluruhan sebanyak 34, 188 tan metrik sisa sampah banjir telah dikeluarkan dari lokasi yang terlibat banjir untuk kawasan pentadbiran MBSA setakat Selasa lepas.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my