
Najib Razak sempat tampil serta membidas dakwaan Dr Mahathir Mohamad. Bekas Perdana Menteri itu menegakkan kenyataan bahawa beliau tidak pernah mencuri dan tidak pernah didakwa kerana mencuri dan merompak.
Menerusi postingnya di Facebook – “Tak sama dengan kes (Lim) Guan Eng yang didakwa bawah Seksyen 16(a)(A) Akta SPRM 2009, iaitu meminta atau menerima suapan dan juga bawah Seksyen 403 Kanun Keseksaan – criminal misappropriation of property,”.
Beliau juga telah didakwa bawah Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram (AMLATFPUAA) 2001 itu menegaskan, ia bukan untuk kegunaan peribadi.

“Jika saya curi dan rompak, apa yang saya beli dengan hasil curian ini untuk diri sendiri atau keluarga?” – Najib Razak.
Pada tarikh 8 Disember 2021,Mahkamah Rayuan telah mengekalkan keputusan bersalah dan hukuman penjara 12 tahun serta denda RM210 juta terhadap Najib dalam kes penyelewengan RM42 juta dana bekas anak syarikat 1MDB, iaitu SRC International Sdn bhd.
Beliau sempat menyindir Tun Dr. Mahathir dengan mempersoalkan kekayaan anak-anak beliau yang pernah memiliki kepentingan besar lebih daripada 12 syarikat yang telah disenarai seperti keluarga Ahli Parlimen Langkawi itu.

“Adakah saya memiliki ladang kuda, projek resort tepi pantai, sebahagian kepentingan dalam hotel mewah lima bintang ataupun syarikat perkhidmatan jet peribadi seperti kamu?
“Saya yang mencuri tapi kamu dan keluarga berbilion-bilion aset pula?” perlian Najib Razak terhadap Tun Dr. Mahathir.
Menginspirasi serta berevolusi dengan berita terkini dan banyak lagi hanya di portal https://mysmedia.my/