
Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) telah mengambil tindakan berhubung kes tren tidak berhenti di hentian Kuala Gris, pada Ahad.
Pihak KTMB memaklumkan bahawa kakitangan yang terlibat telah digantung tugas.
Dalam pada masa yang sama, pihak KTMB memohon maaf kepada pelajar, ibu bapa dan pihak sekolah berhubung kes berkenaan.
KTMB menerusi satu kenyataan memaklumkan bahawa kejadian melibatkan tren Shuttle Timuran No 51 yang berlempas dari Stesen Tumpat.
Menurut kenyataan, KTMB memandang serius dan kesal dengan kejadian terbabit yang turut melibatkan 100 pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Dabong yang baru sahaja memulakan sesi persekolahan selepas Kelantan memasuki Fasa Empat Pelan Pemulihan Negara (PPN).
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my/