
Skim Bantuan Deposit Perumahan akan ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 bermula Januari ini kepada penduduk di Sarawak
Ketua Menteri, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata kerajaan Sarawak akan membantu pembeli membayar deposit rumah sehingga maksimum sehingga RM10,000.
“Bermakna, jika mereka hendak membeli rumah yang berharga bawah RM300,000, kerajaan akan membantu membayar deposit RM10,000. Ini khas untuk mereka yang saya nampak orang muda yang berumur lingkungan 26 hingga 30 tahun,”.Katanya
Bagi pasangan yang sudah berkahwin, jika simpanan mereka belum cukup untuk membeli rumah dan kalau hendak membeli rumah, terpaksa menunggu sehingga wang deposit mencukupi.
Beliau yang juga presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu ( PBB), kerajaan Gabungan Parti Sarawak (GPS) akan menyediakan peruntukan bagi tujuan tersebut bagi memberi kemudahan kepada rakyat untuk memiliki rumah di usia muda.
“Kalau membeli rumah dalam lingkungan 40 hingga 45 tahun, tempoh pembayaran adalah pendek maka mereka terpaksa membayar lebih.Katanya
Manakala jika membeli ketika di dalam lingkungan umur 27 hingga 28 tahun bermakna tempoh pembayarannya panjang dan dia tidak bayar banyak.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/