
Transaksi tol menggunakan Identifikasi Frekuensi Radio (RFID) akan dilaksanakan di laluan Juru, Pulau Pinang hingga Skudai, Johor di Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) bermula 15 Januari nanti.
Pelaksanaan transaksi tol RFID dikenakan untuk jenis kenderaan ringan persendirian (Kelas 1).
PLUS memaklumkan dalam satu kenyataan pada Khamis, pihak mereka menyediakan sekurang-kurangnya satu lorong RFID di semua 83 plaza tol yang ada di Lebuhraya Utara-Selatan.
Dalam kenyataan itu juga, terdapat kira-kira 1.5 juta pengguna lebuh raya telah menggunakan RFID Touch ‘n Go untuk membayar tol di kebanyakan lebuh raya lain khusunya di Lembah Klang.
Pihak PLUS turut memaklumkan bahawa pelekat RFID Touch ‘n Go dijual dengan harga RM35 di pusat pemasangan RFID yang sah di seluruh negeri dan juga boleh dibeli secara dalam talian.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my