
Sebanyak 128 kes Covid-19 yang membaitkan Kluster Air Hitam yang dikesan di Pusat Latihan Polis Air Hitam (Pulapol), Jempol setakat Ahad lepas.
Menurut Exco Kesihatan, Kepenggunaan dan Alam Sekitar Negeri Sembilan, S Veerapan, kes indeks dikesan bermula dengan saringan bergejala terhadap lima pelatih dan keputusan ujian postif.
Setakat 16 Januari, seramai 602 individu telah disaring dan 128 daripadanya positif, 444 negatif dan seramai 30 individu masih menunggu keputusan.
Tambah beliau, individu positif kini sedang dirawat dan kontak rapat sudah diasingkan apabila kluster terbabit diisytiharkan pada Khamis lepas dan operasi latihan dihentikan bermula 10 Januari.
Menurut Veerapan, terdapat satu kluster baharu yang dilaporkan iaitu Kluster Jalan Pulai Impian, Seremban yang menjadikan tujuh kluster tempatan yang belum diisytiharkan tamat di Negeri Sembilan.
Kluster lain yang dilaporkan di Negeri sembilan ialah, Kluster Industri Jalan Mukasauk, 55 kes, Persiaran Pendidikan Nilai, 53 kes, Jalan Geliu, 32 kes, Kasih Kemboja, 25 kes dan Jalan Merpati Serting, 21 kes.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my