
Jumlah kluster Covid-19 Malaysia mencatatkan peningkatan mendadak apabila merekodkan 17 kluster baharu berbanding semalam, enam kluster.
Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah, Ketua Pengarah Kesihatan berkata, ia menjadikan jumlah kluster terkumpul sejak pandemik melanda negara iaitu 6,235 kluster.
“Sebanyak 188 kluster aktif direkodkan yang menunjukkan pertambahan berbanding semalam, 177 kluster. Jumlah kluster yang telah tamat sebanyak 6,047 kluster berbanding semalam, 6,041 kluster,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Sebanyak 3,245 kes positif menunjukkan peningkatan berbanding semalam, 2,342 kes sekali gus mengatasi 3,093 kes, Noor Hisham berkata.
“Jumlah pesakit Covid-19 yang memerlukan alat bantuan pernafasan merekodkan 84 kes berbanding semalam, 87 kes. Pesakit Covid-19 yang memerlukan rawatan di unit rawatan rapi (ICU) pula merekodkan 183 kes berbanding semalam, 184 kes,” katanya.
Jumlah kematian yang dilaporkan mencatatkan peningkatan iaitu 16 kes, berbanding semalam, 12 kes, dalam perkembangan berkaitan kematian.
Rekod terbabit adalah setakat pukul 7 petang, hari ini berdasarkan maklumat dikemas kini melalui laman web, https://covidnow.moh.gov.my menjadikan keseluruhan kes terkini sebanyak 31,809 kes. Bagi kes kematian yang dibawa ke hospital (BID), sebanyak dua daripada 16 kes dengan jumlah keseluruhan sebanyak 6,417 kes.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal https://mysmedia.my/