
Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) akan bertanding dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor nanti selepas parti terbabit menolak untuk bertanding dalam PRN Melaka dan PRN Sarawak lalu.
Pejuang akan bertanding 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) di kawasan majoriti Melayu nanti.
Bendarahi Agung Pejuang, Datuk Dr Saharuddin Mohd Salleh memaklumkan bahawa pihak mereka setakat ini masih belum memutuskan untuk bergading dengan parti Pakatan Harapan (PH) atau bertanding secara solo.
Tambah beliau, Pejuang bercadang untuk bergerak solo dalam PRN kali ini kerana mereka percaya akan menang di kerusi yang mereka bertanding nanti.
Jelas beliau, perbincangan dengan PH dalam peringkat akhir dan Pejuang akan memberikan keputusan nanti selepas meneliti beberapa perkara.
Saharuddin juga berkata bahawa pihak mereka yakin orang Melayu akan memilih Pejuang nanti dan mereka akan bentukkan kerajaan sendiri jika menang.
Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan menentukan tarikh PRN diadakan dalam tempoh 60 hari selepas pembubaran DUN pada Sabtu lepas oleh Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my