
Pertuduhan terhadap Zahid Hamidi sebanyak 47 yang melibatkan rasuah, pecah amanah jenayah serta pengubahan wang haram membabitkan dana Yayasan Akalbudi.
Bekas Timbalan Perdana Menteri, Ahmad Zahid Hamidi diminta untuk membuat pembelaan terhadap dirinya dibawah arahan Mahkamah Tinggi. Hakim yang bertugas iaitu Collin Lawrence Sequerah mengatakan bahawa pihak pendakwa berjaya membuktikan kes prima facie terhadap Zahid.
Kes yang telah membabitkan CBT sebanyak 12 pertuduhan, 8 rasuah dan selebihnya lebih kepada pengubahan wang haram.

Dirinya itu telah dibicarakan keatas 47 pertubuhan pengubahan wang haram dan juga CBT membakitkan puluhan juta ringgit yang dimiliki yayasan itu serta menerima rasuah dalam pelbagai projek sepanjang dirinya itu menjadi Menteri Dalam Negeri.
“Zahid Hamidi mempunyai 3 pilihan di dalam melakukan pembelaan beliau dalam memilih untuk memberi keterangan secara bersumpah dari kandang saksi serta memberikan keterangan dari kandang tertuduh atau berdiam diri.
Pendengaran bagi peringkat pembelaan tersebut dijadualkan akan bersambung pada 28 Mac.
Menginspirasi serta berevolusi dengan berita terkini dan banyak lagi hanya di portal https://mysmedia.my/