
Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan timbalan, Datuk Seri Mohamad Hasan ketika ini berada di Johor untuk memperincikan persiapan jentera Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor.
Menurut sumber, kunjungan pemimpin tertinggi parti itu dimulakan dengan pertemuan tertutup pada jam 8.30 malam ini dengan Pengerusi UMNO Johor, Datuk Hasni Mohammad.
Pada Rabu, Presiden dan Timbalan Presiden UMNO akan sertai Mesyuarat UMNO Johor bersama komponen Barisan Nasional (BN) di Bangunan UMNO.
Mesyuarat itu dijalankan untuk memperincikan butiran lanjut mengenai PRN Johor yang akan dilaksanakan nanti.
Sebelum ini, UMNO dilapokan akan bertanding sekurang-kurangnya 42 daripada 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor dalam PRN itu nanti.
Ikuti perkembangan terkini dan info-info menarik dengan melayari portal mysmedia.my